Pesanan rasulullah,kepentingan puasa dan al-quran
Perkara yg ditinggalkan oleh Rasulullah saw
عن جابر بن عبد الله - رضي الله عنهما - : قال : رأيت رسول الله - صلى
الله عليه وسلم - في حجة الوداع يوم عرفة ، وهو على ناقته القصواء ، يخطب ،
فسمعته يقول: «إني تركت فيكم ما إن أخذتم به لن تضلوا : كتاب الله ،
وعترتي أهل بيتي». أخرجه الترمذي
Daripada Jabir bin Abdullah rahuma berkata: Aku melihat Rasulullah saw pada haji wada' (haji terakhir Rasulullah saw)
pada hari 'Arafah dan Baginda saw berada di atas untanya al-Qaswa',
Baginda saw berkhutbah maka aku mendengar Baginda saw bersabda
"Sesungguhnya aku tinggalkan pada kamu sesuatu, jika kamu mengambil
dengannya, kamu sekali-kali tidak akan sesat: Kitab Allah dan
keluargaku, ahli baitku". Riwayat al-Tirmizi.
عن مالك بن أنس -
رحمه الله - : بلغه ، أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - قال : «تركت
فيكم أمرين لن تضلوا ما تمسكتم بهما : كتاب الله ، وسنة رسوله». أخرجه
الموطأ
Daripada Malik bin Anas ra, sampai kepadanya bahawa
sesungguhnya Rasulullah saw bersabda "Aku tinggalkan pada kamu semua dua
perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang dengan
kedua-duanya: Kitab Allah dan sunnah RasulNya". Riwayat al-Muwatta' Imam
Malik.
Imam Nafi (Imam Qiraat), bau kasturi dan Rasulullah saw.
روي عن نافع أنه كان إذا تكلم يشم من فيه رائحة المسك. فقيل له أتتطيب
كلما قعدت تقرئ الناس؟ فقال: إني لا أقرب الطيب ولا أمسه ولكن رأيت فيما
يرى النائم أن النبي صلى الله عليه وسلم يقرأ في في فمن ذلك الوقت يشم من
فمي هذه الرائحة - الشيخ عبد الفتاح القاضي, تاريخ القراء العشرة ورواتهم
Diriwayatkan daripada Imam Nafi' sesungguhnya dia adalah dia apabila
bercakap, dihidu bau kasturi dari mulutnya. Maka ditanya baginya: Adakah
kamu melumuri wangian setiap kali kamu duduk membaca al-Quran kepada
orang ramai? Kemudian Imam Nafi' menjawab "Sesungguhnya aku tidak
mendekati wangian dan tidak juga aku menyentuhnya tetapi aku telah
melihat pada apa yg melihatnya oleh orang yg tidur sesungguhnya Nabi saw
membacakan pada mulutku, maka sejak dari waktu itu, dihidu dari mulutku
bau ini" - Sheikh Abdul Fattah al-Qadi, Sejarah Imam-Imam Qiraat.
Puasa dan al-Quran memberi syafaat pada hari Qiamat
عَنْ عَبْدِ الله بْنِ عَمْرو ابْن العَاصِ رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ:
قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "الصِّيَامُ
وَالْقُرْآنُ يَشْفَعَانِ لِلْعَبْدِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يَقُولُ
الصِّيَامُ أَيْ رَبِّ مَنَعْتُهُ الطَّعَامَ وَالشَّهَوَاتِ بِالنَّهَارِ
فَشَفِّعْنِي فِيهِ وَيَقُولُ الْقُرْآنُ مَنَعْتُهُ النَّوْمَ بِاللَّيْلِ
فَشَفِّعْنِي فِيهِ قَالَ فَيُشَفَّعَانِ" (أحمد ، والطبرانى ، وأبو نعيم
فى الحلية ، والحاكم ، والبيهقى فى شعب الإيمان عن ابن عمرو
Daripada Abdullah bin Amr bin al-'Ash rahuma berkata: Rasulullah saw
bersabda "Puasa dan al-Quran memberi syafaat kepada seseorang hamba pada
hari Qiamat. Puasa berkata: Wahai Tuhanku, aku telah menghalangnya
makanan dan syahwat pada siang hari, maka syafaatkanlah aku padanya. Dan
al-Quran berkata: Aku telah menghalangnya tidur pada malam hari maka
syafaatkanlah aku padanya. Baginda saw bersabda "Maka kedua-duanya itu
memberi syafaat". Riwayat Imam Ahmad, al-Thabrani, al-Hakim, al-Baihaqi
dan Abu Nu'aim
No comments:
Post a Comment