Sunday 29 January 2012

pqs tg4

Pelajaran 9 : Tanda-Tanda Kekuasaan Allah

Intisari Ayat
Allah swt telah mengemukakan beberapa bukti kekuasaanNya antaranya menghidupkan semula orang yang mati sebagai jawaban terhadap soalan kepada golongan yang ingkar kepada Hari Kiamat.
Sebab Nuzul Ayat
  • Seorang ketua musyrikin Mekah bernama Ubai bin Khallaf dating berjumpa baginda Rasulullah saw sambil membawa seketul daging
  • Kemudian dia berkata : Wahai Muhammad! Benarakah kamu mendakwa bahawa tulang yang reput seperti ini akan dihidupkan kembali oleh Allah dan dibangkitkan daripada kubur?
  • Untuk menjawab persoalan tersebut , Allah turunkan ayat ini (77-83 Surah Yasin)
Beberapa Tanda Kekuasaan Allah Dalam Ayat 77-83 Surah Yasin

Kejadan Manusia Daripada Air Mani
  • Proses kejadian manusia adalah satu daripada tanda kekuasaan Allah swt untuk menghidupkan semula orang yang mati
  • Menurut Al-Quran manusia berasal daripada Adam A.S dan asal kejadian Adam A.S daripada tanah
  • Kejadian manusia terdiri daripad 2 unsur:

      • Unsur Jasmani - Terbentuk daripada sari pati tanah
“Sesungguhnya berbandingan nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti kejadian Nabi Adam.Allah telah menjadikan Adam daripada tanah lalu berfirman kepadanya: Jadilah engkau! Maka jadilah ia…(Ali-Imran : 59)”
      • Unsur Rohani
  • Daripada Adam dijadikan Hawa’ dan daripada mereka dijadikan keturunan manusia melalui percantuman benih lelaki dan perempuan yang dikenali sebagai “nutfah”
  • Orang yang menyedari dirinya berasal daripada tanah dan air benih yang hina akan yakin dengan kekuasaan Allah yang akan menghidupkan dan membangkitkan mereka selepas mati. Manakala orang yang jahil dan lupa diri akan mengingkarinya.

  • Kejadian Langit Dan Bumi
  • Selain merenungi kejadian diri, manusia juga perlu memerhatikan alam sekeliling seperti kejadian langit dan bumi supaya mereka gerund an takut dengan kekuasaan Allah swt
  • Dengan yang demikian, mereka bukan sahaja beriman dengan hari kebangkitan, malahan juga bersyukur di atas nikmat Allah yang menjadikan segala makhluk yang teratur dan sempurna bagi manafaat seluruh manusia.

Kejadian Siang Dan malam
Kejadian Api Dari Kayu Hijau Dan Basah
  • Selain dari itu juga, manusia digesa suapaya merenung kejadian pokok yang menghijau yang boleh dijadikan bahan api yang begitu hebat
  • Kerana menurut kajian, arang batu yang digunakan sebagai bahan api berasal daripada pokok kayu besar pada zaman purba, sejak berjuta tahun yang lampau
Peringkat Kehidupan Manusia
  • Alam Roh
    • Sebelum dijadikan jasad, manusia pada awalnya berada di alam roh. Kita tidak mengetahui bilakah roh manusia dijadikan. Ulama berpendapat bahawa roh wujud sejak azali lagi sama seperti kewujudan malaikat dan jin
  • Alam Rahim
    • Sewaktu benih berkembang menjadi janin, Allah swt meniupkan roh ke dalamnya. Setelah berada di alam rahim selama lebih kurang 9 bulan manusia akan lahir ke alam dunia
  • Alam Dunia
    • Selepas melalui kehidupan dunia sebagai hamba Allah mengikut kadar waktu yang telah ditentukan, manusia akan dimatikan dan dimasukkan ke Alam Barzakh
  • Alam Barzakh
    • Di alam barzakh, manusia mula di beri balasan awal mengikut amalan yang telah mereka lakukan semasa di dunia sehingga Hari Kiamat
  • Alam Akhirat
    • Pada Hari Kiamat manusia akan dibangkitkan semula untuk menerima pembalasan daripada Allah swt

Proses Kejadian Manusia Menurut Ahli Fikir
  • Teori Tabi’e
  • Sebahagian ahli saintis tidak percaya adanya pencipta yang maha kuasa
  • Mereka berpendapat bahawa manusia dan alam terjadi dengan sendirinya tanpa ada yang menciptakannya
  • Teori Tabi’e ini menyamai fahaman golongan “Ad-dahriyah” yang menolak konsep hari pembalasan kerana mereka mempercayai bahawa semua benda adalah kekal abadi dan dunia tidak mempunyai permulaan atau kesudahan
  • Teori Evolusi
  • Diperkenalkan oleh Charles Darwin pada tahun 1859 masihi.
  • Beliau mendakwa bahawa segala makhluk yang ada dan semua sistem alam yang teratur samada molekul, tumbuhan,haiwan, bintangcakrawala atau manusia menjadi sempurna sedikit demi sedikit oleh kuasa yang terkandung dalam benda itu sendiri
  • Proses perkembangan itu berlaku daripada keadaan purba yang tidak teratur serta ringkas kepada keadaan yang sempurna dan kompleks.
**Kedua-dua teori di atas bercanggah dengan Al-Quran yang menyatakan dengan jelas hakikat kejadian manusia daripada tanah dan air benih
Pengajaran Ayat
  • Manusia perlu menggunakan akal fikiran untuk memahami sesuatu perkara
  • Manusia perlu melihat dan memerhatikan nserta mengambil iktibar dariada tanda-tanda kekuasaan Allah pada kejadian makhluk di alam ini
  • Umat Islam mesti yakin dengan kekuasaan Allah swt untuk menjadikan segala sesuatu
  • Umat Islam mesti yakin kepada hari kebangkitan dan pembalasan. Merka menjalani kehidupan di dunia dengan penuh ketaatan kepada Allah swt.

No comments:

Post a Comment