adakah anda tahu...
Maklumat tentang al-Quran
- Apa yg mula-mula diturunkan dari al-Quran adalah surah al-'Alaq ( سورة العلق ).
- Ayat yg terakhir diturunkan adalah ayat 281, surah al-Baqarah
وَاتَّقُوا يَوْمًا تُرْجَعُونَ فِيهِ إِلَى اللَّهِ ثُمَّ تُوَفَّى كُلُّ
نَفْسٍ مَّا كَسَبَتْ وَهُمْ لاَ يُظْلَمُونَ﴾ [البقرة :281
- Surah yg paling panjang adalah surah al-Baqarah dan bilangan ayatnya 286 ayat.
- Surah yg paling pendek adalah surah al-Kauthar dan bilangan ayatnya adalah 3 ayat.
- Ayat yg paling panjang adalah ayat hutang dalam surah al-Baqarah ayat 282.
- Ayat yg paling pendek dikatakan ayat ( يس ) di awal surah yasin atau
ayat ( حم ) di awal surah ( غافر-فصلت-الشورى-الزخرف-الدخان-الجاثية-الأحقاف
) atau ayat ( طه ) di awal surah taha. Dan jika dilihat dari sudut
penulisannya atau sebutan, maka ia adalah dua perkataan. Contohnya ( حم )
dibaca haa miim ( حا-ميم ).
- Sementara ayat yg terbentuk dari satu
perkataan sama ada tulisan atau sebutan dan dikira ayat yg paling
pendek dari sudut ini adalah ayat 64 surah al-Rahman (مدهامتان).
-
Perkataan yg panjang dalam al-Quran al-Karim sama ada sebutan atau
penulisan adalah ( فأسقيناكموه ). Ia terdiri sebelas huruf dan ia
terletak pada ayat 22 surah al-Hijr وَأَرْسَلْنَا الرِّيَاحَ لَوَاقِحَ
فَأَنزَلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَسْقَيْنَاكُمُوهُ وَمَا أَنتُمْ
لَهُ بِخَازِنِينَ﴾ [الحجر :22 )
No comments:
Post a Comment