Sunday 29 January 2012

pqs tg4

Pelajaran 6 : Iktibar Daripada Sejarah
Latar Belakang Ayat
  1. Allah swt mengarahkan Rasulullah saw supaya menyampaikan dakwah kepada kaum musyrikin. Allah swt juga mengingatkan kepada Rasulullah saw bahawa dalam usaha dakwah baginda akan sentiasa ditentang dan didustai
  2. Jussteru itu, Allah swt terlebih dahulu member peringatan kepada baginda tentang penolakan dan pendustaan umat-umat terdahulu terhadap seruan dakwah nabi-nabi mereka sebagai fungsi agar baginda bersabar, tidak kecewa dan tidak berputus asa.
Sejarah Ringkas Perjuangan Para Nabi Dan Penentangan Terhadapnya

Kaum Nabi Nuh A.S
  1. Selepas Nabi Adam AS wafat lebih kurang 1000 tahun, manusia mula menjadi sesat, kufur dan menyembah berhala
  2. Allah mengutuskan Nabi Nuh AS untuk menghapuskan budaya syirik dan membetulkan semula konsep ibadah seluruh umat manusia pada ketika itu
  3. Nabi Nuh AS mendapat tentangan yang sangat hebat daripada kaumnya. Mereka menuduh baginda sebagai pembohong, sesat dan gila.
  4. Setelah berusaha gigih selama hampir 950 tahun , Allah swt membinasakan kaum Nabi Nuh AS dengan menenggelamkan mereka dalam banjir besar sebagai balasan terhadap kedegilan dan kejahatan mereka

  1. Allah swt berfirman :

Kaum Nabi Hud A.S
  1. Kaum Nabi Hud AS (Kaum A’ad) dalah kaum berbangsa arab yang tinggal di negeri Yaman. Mereka ialah generasi pertama manusia yang kembali menyembah berhala selepas kebinasaan kaum nabi Nuh AS.
  2. Allah swt mengutuskan Nabi Hud AS untuk menyeru mereka agar kembali kepada agama tauhid, tetapi mereka menolak seruan tersebut. Malah mereka menuduh Nabi Hud AS sebagai pendusta dan bodoh kerana cuba mengubah tradisi menyembah berhala yang mereka warisi daripada nenek moyang mereka.
  3. Akibat kedegilan dan kenagkuhan mereka, Allah mengazabkan mereka dengan mendatangkan kemarau panjang selama 3 tahun. Kemudian Allah swt datangkan angin ribut yang amat dahshat selama 8 hari 7 malam sehingga membinasakan mereka kecuali mereka-mereka yang beriman bersama Nabi Hud AS.
  4. Allah swt berfirman :

Kaum Nabi Soleh A.S
  1. Kaum Nabi Soleh (Kaum Thamud) juga berbagsa arab. Mereka tinggal di satu kawasan yang bernama Al-Hijr yang terletak di antara Madinah dan Tabuk. Mereka tinggal di dalam bukit yang di tarah menjadi rumah yang cantik.
    2. Mereka juga menyembah berhala dan menentang seruan agama tauhid yang dibawa oleh Nabi Soleh AS. Penentangan mereka sampai kekemuncak apabila mereka merancang untuk membunuh Nabi Soleh AS.
3. Akhirnya Allah swt membinasakan mereka dengan letusan suara yang menggegar pada waktu pagi. Allah SWT berfirman :
Kaum Nabi Ibrahim A.S
  1. Nabi Ibrahim diutuskan untuk seluruh ummatnya. Pada zaman tersebut, dunia dikuasai oleh kaum “Kaldan” yang berpusat di Babylon. Mereka ini adalah golongan penyembah berhala dan diketuai oleh raja yang bernama “Namrud”
  2. Nabi Ibrahim berusaha sedaya upaya untuk member nasihat dan menyeru supaya mereka menyembah Allah yang Maha Esa, Namun begitu, baginda mendapat tentangan yang hebat termasuklah daripada ayahandanya sendiri yang bernama “Azar”.
  3. Walaupun Nabi Ibrahim AS telah mengemukakan pelbagai hujjah dan dalil yang kukuh tentang kebenaran ajaran yang dibawanya, namun mereka tetap berdegil dan tidak mahu beriman.
  4. Akibatnya Allah swt telah membinasakan mereka dengan menimpakan ke atas mereka runtuhan bangunan yang mereka diami tanpa disedari.
  5. Allah swt berfirman :
Kaum Nabi Luth A.S
  1. Nabi Luth AS adalah anak saudara kepada Nabi Ibrahim AS. Allah swt mengutuskan baginda sebagai nabi khusus kepada satu kaum yang tinggal di satu kawasan di Syam (Jordan) yang dikenali sebagai “Sadum”
  2. Kaum “Sadum” adalah antara golongan manusia yang paling keji kerana menyembah berhala dan melakukan hubungan sejenis (liwat) atau “homoseks” yang tidak pernah dilakukan oleh manusia sebelum itu.
  3. Mereka bukan sahaja menolak seruan nabi Luth AS, malahan menghalau baginda sekeluarga dari Sadum
  4. Akibatnya, Allah swt membinasakan mereka dengan membalikkan tempat tinggal mereka disusuli dengan hujan batu yang menimpa ke atas kepala mereka. Allah SWT berfirman:

Kaum Nabi Syuib A.S
  1. Selepas kemusnahan kaum Nabi Luth A.S, Allah swt mengutuskan Nabi Syuib kepada satu berbangsa arab yang tinggal di Bandar “Madyan” yang terletak di Jordan yang terletak berhampiran dengan tasik Kaum Luth.
  2. Selain daripada menyembah berhala , kaum madyan suka menipu sukatan dan timbangan apabila berjual beli. Mereka menentang seruan Nabi Syuib AS dan menghalau baginda keluar dari Bandar tersebut.
  3. Allah swt telah membinasakan mereka dengan satu gempa bumi yang amat dahsyat. Gegaran yang kuat itu telah mencabut nyawa mereka hingga menjadikan mereka seperti patung yang kaku. Allah SWT berfirman :

Kaum Nabi Musa A.S
  1. Seruan dakwah Nabi Musa AS mendaopat tentangan hebat daripada kaum “Qibti” yang menguasai Negara Mesir di bawah pemerintahan Firaun
  2. Firaun melakukan kezaliman terhadap bani Israel dengan menjadikan mereka sebagai hamba dan membunuh anak-anak lelaki kerana bimbang kuasanya terancam
  3. Kejahatan dan kezaliman Firaun sampai ke kemuncak apabila beliau mengaku dirinya sebagai tuhan
  4. Sebagai peringatan awal, Allah swt menurunkan bala dalam bentuk kemarau, rebut taufan, serangan serangga seperti belalang, kutu dan dan katak serta menukar air sungai menjadi darah. Allah swt berfirman :


Faedah Mengembara
  1. Mengambil iktibar kesan peninggalan sejarah
  2. Menambah pengetahuan dan pengalaman
  3. Menjalin persahabatan dan bertukar-tukar maklumat
  4. Melihat dan mempelajarai kebudayaan berbagai-bagai bangsa untuk dijadikan pengajaran
  5. Melapangkan fikiran dan perasaan dengan melihat keindahan alam
  6. Melihat kemajuan Negara lain dan member rangsangan kea rah kemajuan Negara sendiri


Pengajaran Ayat
  1. Mempertahankan seruan dakwah para rasul adalah satu kewajipan
  2. Antara faktor manusia menolak sesuatu kebenaran ialkah kerana kepentingan kebendaan, mempertahankan warisan nenek moyang dan kegelapan hati di sebabkan maksiat dan syirik.
  3. Umat Islam dituntut supaya mengambil iktibar daripada kesan sejarah
  4. Kepentingan menjaga mata hati mengatasi kepentingan menjaga mata penglihatan

No comments:

Post a Comment