pegangan...
Perkara yg ditinggalkan oleh Rasulullah saw
عن جابر بن عبد الله - رضي الله عنهما - : قال : رأيت رسول الله - صلى
الله عليه وسلم - في حجة الوداع يوم عرفة ، وهو على ناقته القصواء ، يخطب ،
فسمعته يقول: «إني تركت فيكم ما إن أخذتم به لن تضلوا : كتاب الله ،
وعترتي أهل بيتي». أخرجه الترمذي
Daripada Jabir bin Abdullah
rahuma berkata: Aku melihat Rasulullah saw pada haji wada' (haji
terakhir Rasulullah saw) pada hari 'Arafah dan Baginda saw berada di
atas untanya al-Qaswa', Baginda saw berkhutbah maka aku mendengar
Baginda saw bersabda "Sesungguhnya aku tinggalkan pada kamu sesuatu,
jika kamu mengambil dengannya, kamu sekali-kali tidak akan sesat: Kitab
Allah dan keluargaku, ahli baitku". Riwayat al-Tirmizi.
عن مالك بن أنس - رحمه الله - : بلغه ، أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم
- قال : «تركت فيكم أمرين لن تضلوا ما تمسكتم بهما : كتاب الله ، وسنة
رسوله». أخرجه الموطأ
Daripada Malik bin Anas ra, sampai
kepadanya bahawa sesungguhnya Rasulullah saw bersabda "Aku tinggalkan
pada kamu semua dua perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu
berpegang dengan kedua-duanya: Kitab Allah dan sunnah RasulNya". Riwayat
al-Muwatta' Imam Malik.
Semoga al-Quran menjaga kita
قيل للحسن البصري: فلان يحفظ القرآن. قال: بل القرآن يحفظه
Diberitahu kepada Hasan al-Basri: Seseorang itu menghafaz (menjaga)
al-Quran. Hasan al-Basri menjawab: Sebenarnya al-Quran itulah yg
menghafaznya (menjaganya).
Allah mengangkat dan menjatuhkan sesuatu golongan dengan al-Quran
إن الله يرفع بهذا الكتاب أقواما ويضع به آخرين (أحمد ، والدارمى ، ومسلم ، وابن ماجه ، وأبو عوانة ، وابن حبان عن عمر)
Sabda Rasulullah saw "Sesungguhnya Allah mengangkat dengan kitab ini
kaum-kaum dan menjatuhkan dengannya kaum-kaum yg lain". Riwayat Ahmad,
al-Darimi, Muslim, Ibnu Majah dan Ibn Hibban daripada Umar ra.
Kebersihan (zahir dan batin), Alhamdulillah, Subhanallah, solat, sedekah, sabar, al-Quran dan diri manusia.
أبو مالك الأشعري - رضي الله عنه - قال : قال رسول الله -صلى الله عليه
وسلم- : «الطهور شطر الإيمان ، والحمد لله تملأ الميزان ، وسبحان الله
والحمد لله تملآن - أو تملأ - ما بين السموات والأرض ، والصلاة نور ،
والصدقة برهان ، والصبر ضياء ، والقرآن حجة لك أو عليك ، كل الناس يغدو ،
فبائع نفسه فمعتقها ، أو موبقها» أخرجه مسلم والترمذي.[ص:558]وأخرج النسائي
إلى قوله : «أو عليك».
Daripada Abu Malik al-Ash'ari ra
berkata: Rasulullah saw bersabda "Kebersihan itu adalah separuh dari
keimanan, Alhamdulillah memenuhi timbangan, Subhanalllah dan
Alhamdulillah memenuhi langit dan bumi, solat adalah cahaya, sedekah
adalah bukti, sabar adalah cahaya, al-Quran itu hujah bagimu atau hujah
ke atasmu, semua manusia akan pergi, maka orang yg menjual dirinya sama
ada dia melepaskan dirinya (dari azab Allah) atau membinasakan dirinya".
Riwayat Muslim, al-Tirmizi dan al-Nasai.
Keyakinan orang-orang yg terdahulu terhadap al-Quran yg menjadi petunjuk kepada orang-orang yg bertaqwa.
قال ابن عباس : لو ضاع لي عقال بعير لوجدته في كتاب اللّه
Berkata Ibnu 'Abbas: Kalau hilang bagiku seutas tali pengikat unta, aku benar-benar akan menjumpainya dalam kitab Allah.
Iaitu aku benar-benar mendapatinya petunjuknya di dalam al-Quran.
Firman Allah:
ما فرطنا في الكتاب من شيئ - سورة الأنعام الآية 38
Tidak Kami tertinggal di dalam kitab itu sesuatu pun - Surah al-An'am ayat 38.
Iaitu tidak ada sesuatu perkara kecuali Allah nyatakan di dalam al-Quran.
Firman Allah:
ذلك الكتاب لا ريب فيه هدى للمتقين - سورة البقرة الآية 2
Itulah kitab yg tidak ada keraguan padanya, yg menjadi petunjuk kepada orang-orang yg bertaqwa - Surah al-Baqarah ayat 2.
No comments:
Post a Comment