Thursday, 10 May 2012

kEJAYAAN DEMI KEJAYAAN

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT di atas ketiap kejayaan yang diberikan kepada kita semua. Semoga kita semua termasuk di dalam golongan orang-orang yang mensyukuri nikmat NYA

Sunday, 1 April 2012

KEBITARAAN PENDIDIKAN ISLAM

Pendidikan Islam adalah salah satu Kebitaraan bagi Sekolah Menengah IMTIAZ Kuala Terengganu yang merupakan Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 5, Kementerian Pelajaran Malaysia

Monday, 5 March 2012

10 golongan yang di usir dari padang mahsyar





1. Mereka diusir berupa kera. Mereka adalah manusia yang suka mengadudomba.
2. Mereka diusir berupa babi. Mereka adalah manusia yang suka memakan barang yang haram.
3. Mereka dihalau dalam keadaan terbalik kaki di atas dan kepala di bawah. Mereka adalah dari golongan yang suka berdusta.
4. Mereka dihalau dalam keadaan bisu dan pekak serta tidak berakal. Mereka adalah dari golongan yang riak bangga diri dan sombong.
5. Mereka dihalau dalam keadaan mengunyah lidah sendiri sedang lidahnya itu menjulur ke bawah sampai ke dadanya dan dari mulutnya keluar nanah yang menjijikkan. Mereka adalah ahli pidato yang ucapannya berlainan dengan perilakunya.
6. Mereka dihalau dalam keadaan tersalib di pohon kurma dari neraka. Mereka adalah manusia yang berusaha mengajak orang ramai untuk menyokong pemimpin yang tidak jujur.
7. Mereka dihalau dalam keadaan terpotong tangan dan kakinya. Mereka adalah orang-orang yang mengganggu jiran-jiran.
8. Mereka dihalau dalam keadaan buta. Mereka adalah dari golongan yang curang dalam menetapkan hukum
9. Mereka dihalau dalam keadaan busuknya lebih busuk daripada bau bangkai. Mereka adalah orang yang gemar melepaskan nafsu syahwat dan menolak perkara wajib seperti zakat, puasa, solat, ... tidak menjalankan kerja dakwah dan sebagainya.
10. Mereka dikumpulkan dalam keadaan memakai pakaian besi yang panas. Mereka ini adalah manusia yg syirik kepada Allah swt.

Tuesday, 14 February 2012

Salam Buat Warge Imtiaz Kuter

Assalamualaikum warga Imtiaz Kuter  semua,
Baru 3 hari berada di sekolah baru , rasa macam 3 bulan  lamanya. Rindu dah hati ini. ... Rindu tasmik pagi2,
Rindu 'kesibukan' , rindu suasana , kawan2 & pelajar-pelajar ting 5 & 4 , kumpulan tasmik serta mentee bilik 4 Aspura. Saya masih belum mendapat jadual di sini , hanya relief shj. May be akan mengajar Pai & I'dadi. Tak boleh mengajar dah PSI. Dah penuh. Tahun depan kut.
Internet pun susah kat sini,  hanya ada di makmal komputer shj.
"Hujan emas di negeri orang, Hujan Batu di negeri sendiri,"

Walau apa pun, " Imtiaz Kospint Saya Sanjungi, Namamu Tersemat Di Sanubari. " See u again.... Wassalam..."





Friday, 10 February 2012

TAHNIAH...

Tahniah diucapkan kepada Ustazah Wan Ruhaida kerana telah dilantik sebagai ketua penitia baru bagi menggantikan Ustazah Marina yang bertukar ke SMA Marang.

Monday, 6 February 2012

SYUKUR

SYUKUR....satu kalimah yg ringkas,tapi amat besar pengertian dan impaknya,seseorang yang bersyukur dalam erti kata sebenar akan mendapat keredhaan Allah,betapa berharganya syukur itu sehingga Allah berfirman " wa qolilun min 'ibadiya as-syakur " apabila kita bersyukur akan datanglah ketaqwaan yang menjanjikan syurga Allah s.w.t

solawat nabi...

SELAWAT NABI (SAW)
ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠﻪُ ﻋَﻠَﻰ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ
ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ
ﻳَﺎ ﻧَﺒِﻲ ﺳَﻼَﻡٌ ﻋَﻠَﻴْﻚَ
ﻳَﺎ ﺭَﺳُﻮْﻝ ﺳَﻼَﻡٌ ﻋَﻠَﻴﻚَ
ﻳَﺎ ﺣَﺒِﻴْﺐُ ﺳَﻼَﻡُ ﻋَﻠَﻴْﻚَ
ﺻَﻠَﻮَﺍﺕُ ﺍﻟﻠﻪِ ﻋَﻠَﻴْﻚَ

ﺃَﺷْﺮَﻕَ ﺍﻟﺒَﺪْﺭُ ﻋَﻠَﻴْﻨَﺎ
ﻓَﺎﺧْﺘْﻔَﺖْ ﻣِﻨﻪُ ﺍﻟﺒُﺪُﻭﺭُ
ﻣِﺜْﻞَ ﺣُﺴْﻨِﻚَ ﻣَﺎ ﺭَﺃَﻳْﻨَﺎ
ﻗَﻂُّ ﻳَﺎ ﻭَﺟْﻪَ ﺍﻟﺴُّﺮُﻭﺭِ

ﺃَﻧْﺖَ ﺷـَﻤْﺲٌ ﺃَﻧْﺖَ ﺑَﺪْﺭٌ
ﺃَﻧْﺖَ ﻧُﻮﺭٌ ﻓَﻮْﻕَ ﻧُﻮﺭِ
ﺃَﻧْﺖَ ﺍِﻛْﺴِﻴْﺮٌ ﻭَﻏَﺎﻟِﻲ
ﺃَﻧْﺖَ ﻣِﺼْﺒَﺎﺡُ ﺍﻟﺼُّﺪُﻭﺭِ

ﻳَﺎ ﺣَﺒِﻴْﺒِﻲ ﻳَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪ
ﻳَﺎ ﻋَﺮُﻭﺱَ ﺍﻟﺨَﺎﻓِﻘَﻴْﻦِ
ﻳَﺎ ﻣُﺆَﻳَّﺪُ ﻳَﺎ ﻣُﻤَﺠَّﺪ
ﻳَﺎ ﺇِﻣَﺎﻡَ ﺍﻟﻘِﺒْﻠَﺘَﻴْﻦِ

ﻣَﻦْ ﺭَّﺃَﻯ ﻭَﺟْﻬَﻚَ ﻳَﺴْﻌَﺪ
ﻳَﺎ ﻛَﺮِﻳﻢَ ﺍﻟﻮَﺍﻟِﺪَﻳﻦِ
ﺣَﻮْﺿُﻚَ ﺍﻟﺼَّﻔِﻰ ﺍﻟـﻤُﺒَﺮ

Pesanan rasulullah,kepentingan puasa dan al-quran

Perkara yg ditinggalkan oleh Rasulullah saw

عن جابر بن عبد الله - رضي الله عنهما - : قال : رأيت رسول الله - صلى الله عليه وسلم - في حجة الوداع يوم عرفة ، وهو على ناقته القصواء ، يخطب ، فسمعته يقول: «إني تركت فيكم ما إن أخذتم به لن تضلوا : كتاب الله ، وعترتي أهل بيتي». أخرجه الترمذي

Daripada Jabir bin Abdullah rahuma berkata: Aku melihat Rasulullah saw pada haji wada' (haji terakhir Rasulullah saw) pada hari 'Arafah dan Baginda saw berada di atas untanya al-Qaswa', Baginda saw berkhutbah maka aku mendengar Baginda saw bersabda "Sesungguhnya aku tinggalkan pada kamu sesuatu, jika kamu mengambil dengannya, kamu sekali-kali tidak akan sesat: Kitab Allah dan keluargaku, ahli baitku". Riwayat al-Tirmizi.

عن مالك بن أنس - رحمه الله - : بلغه ، أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - قال : «تركت فيكم أمرين لن تضلوا ما تمسكتم بهما : كتاب الله ، وسنة رسوله». أخرجه الموطأ

Daripada Malik bin Anas ra, sampai kepadanya bahawa sesungguhnya Rasulullah saw bersabda "Aku tinggalkan pada kamu semua dua perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang dengan kedua-duanya: Kitab Allah dan sunnah RasulNya". Riwayat al-Muwatta' Imam Malik.
 
Imam Nafi (Imam Qiraat), bau kasturi dan Rasulullah saw.

روي عن نافع أنه كان إذا تكلم يشم من فيه رائحة المسك. فقيل له أتتطيب كلما قعدت تقرئ الناس؟ فقال: إني لا أقرب الطيب ولا أمسه ولكن رأيت فيما يرى النائم أن النبي صلى الله عليه وسلم يقرأ في في فمن ذلك الوقت يشم من فمي هذه الرائحة - الشيخ عبد الفتاح القاضي, تاريخ القراء العشرة ورواتهم

Diriwayatkan daripada Imam Nafi' sesungguhnya dia adalah dia apabila bercakap, dihidu bau kasturi dari mulutnya. Maka ditanya baginya: Adakah kamu melumuri wangian setiap kali kamu duduk membaca al-Quran kepada orang ramai? Kemudian Imam Nafi' menjawab "Sesungguhnya aku tidak mendekati wangian dan tidak juga aku menyentuhnya tetapi aku telah melihat pada apa yg melihatnya oleh orang yg tidur sesungguhnya Nabi saw membacakan pada mulutku, maka sejak dari waktu itu, dihidu dari mulutku bau ini" - Sheikh Abdul Fattah al-Qadi, Sejarah Imam-Imam Qiraat.
 
Puasa dan al-Quran memberi syafaat pada hari Qiamat

عَنْ عَبْدِ الله بْنِ عَمْرو ابْن العَاصِ رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "الصِّيَامُ وَالْقُرْآنُ يَشْفَعَانِ لِلْعَبْدِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يَقُولُ الصِّيَامُ أَيْ رَبِّ مَنَعْتُهُ الطَّعَامَ وَالشَّهَوَاتِ بِالنَّهَارِ فَشَفِّعْنِي فِيهِ وَيَقُولُ الْقُرْآنُ مَنَعْتُهُ النَّوْمَ بِاللَّيْلِ فَشَفِّعْنِي فِيهِ قَالَ فَيُشَفَّعَانِ" (أحمد ، والطبرانى ، وأبو نعيم فى الحلية ، والحاكم ، والبيهقى فى شعب الإيمان عن ابن عمرو

Daripada Abdullah bin Amr bin al-'Ash rahuma berkata: Rasulullah saw bersabda "Puasa dan al-Quran memberi syafaat kepada seseorang hamba pada hari Qiamat. Puasa berkata: Wahai Tuhanku, aku telah menghalangnya makanan dan syahwat pada siang hari, maka syafaatkanlah aku padanya. Dan al-Quran berkata: Aku telah menghalangnya tidur pada malam hari maka syafaatkanlah aku padanya. Baginda saw bersabda "Maka kedua-duanya itu memberi syafaat". Riwayat Imam Ahmad, al-Thabrani, al-Hakim, al-Baihaqi dan Abu Nu'aim
Syurkan Jazilan ........
Ada 2 berita , gembira & sedih. Gembira kerana hari ini 6 Februari adalah hari ulangtahun kelahiran & dan hadiahnya sedih + gembira = bertukar  perkhidmatan ke SMKA Marang. ............
Terima kasih byk2 di atas kerjasama semua pihak, guru-guru, kawan-kawan, pelajar semua di atas segala kerjasama yang diberikan sepanjang  12 tahun perkhidmatan saya di sini. Pemergianku ini bukanlah bererti pergi selama-lamanya, bahkan berjuang demi anak bangsa dan agama. Jarak bukanlah pemisah. Hubungan yang terjalin akan kekal buat selamanya.
Kepada semua pelajar terutamanya pelajar tingkatan 4 & 5 yang ustazah sayang, teruskan perjuangan kalian, " Man Jadda Wajada ". Salam sayang buat semua warga Imtiaz KOSPINT. Terima kasih  di atas segala-galanya......Jumpe lagi..........................................

Thursday, 2 February 2012

selamat tinggal..doaku dalam doamu...

Selamat meneruskan perjuangan kepada Ustazah Marina (ketua panitia pendidikan islam) yang telah bertukar ke SMA Marang pada hari ini...walaupun sedih kehilangan seorang ustazah yang banyak menabur bakti buat sekolah tetapi saya tabahkan jua hati ini kerana pasti ada hikmah diatas ketetapan Allah ini..semoga perjuangan untuk menegakkan syiar islam di bumi ini diteruskan seberapa daya walaupun sudah berlainan sekolah..kerana perjuangan kita untuk semua anak bangsa....saya selaku Ketua Jabatan Agama memang sedih kerana kehilangan seorang  ketua panitia yg banyak berjasa dalam menaikkan kecemerlangan subjek-subjek agama.. .terima kasih sekali lagi atas segala nasihat,tunjuk ajar,kerjasama yang telah diberikan sepanjang berada di sini...saya doakan Ustazah Marina sihat sejahtera,gembira dan sentiasa dibawah naungan rahmat Allah SWT.

Monday, 30 January 2012

adakah anda tahu...

Maklumat tentang al-Quran

- Apa yg mula-mula diturunkan dari al-Quran adalah surah al-'Alaq ( سورة العلق ).
- Ayat yg terakhir diturunkan adalah ayat 281, surah al-Baqarah وَاتَّقُوا يَوْمًا تُرْجَعُونَ فِيهِ إِلَى اللَّهِ ثُمَّ تُوَفَّى كُلُّ نَفْسٍ مَّا كَسَبَتْ وَهُمْ لاَ يُظْلَمُونَ﴾ [البقرة :281
- Surah yg paling panjang adalah surah al-Baqarah dan bilangan ayatnya 286 ayat.
- Surah yg paling pendek adalah surah al-Kauthar dan bilangan ayatnya adalah 3 ayat.
- Ayat yg paling panjang adalah ayat hutang dalam surah al-Baqarah ayat 282.
- Ayat yg paling pendek dikatakan ayat ( يس ) di awal surah yasin atau ayat ( حم ) di awal surah ( غافر-فصلت-الشورى-الزخرف-الدخان-الجاثية-الأحقاف ) atau ayat ( طه ) di awal surah taha. Dan jika dilihat dari sudut penulisannya atau sebutan, maka ia adalah dua perkataan. Contohnya ( حم ) dibaca haa miim ( حا-ميم ).
- Sementara ayat yg terbentuk dari satu perkataan sama ada tulisan atau sebutan dan dikira ayat yg paling pendek dari sudut ini adalah ayat 64 surah al-Rahman (مدهامتان).
- Perkataan yg panjang dalam al-Quran al-Karim sama ada sebutan atau penulisan adalah ( فأسقيناكموه ). Ia terdiri sebelas huruf dan ia terletak pada ayat 22 surah al-Hijr وَأَرْسَلْنَا الرِّيَاحَ لَوَاقِحَ فَأَنزَلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَسْقَيْنَاكُمُوهُ وَمَا أَنتُمْ لَهُ بِخَازِنِينَ﴾ [الحجر :22 )

pegangan...

Perkara yg ditinggalkan oleh Rasulullah saw

عن جابر بن عبد الله - رضي الله عنهما - : قال : رأيت رسول الله - صلى الله عليه وسلم - في حجة الوداع يوم عرفة ، وهو على ناقته القصواء ، يخطب ، فسمعته يقول: «إني تركت فيكم ما إن أخذتم به لن تضلوا : كتاب الله ، وعترتي أهل بيتي». أخرجه الترمذي

Daripada Jabir bin Abdullah rahuma berkata: Aku melihat Rasulullah saw pada haji wada' (haji terakhir Rasulullah saw) pada hari 'Arafah dan Baginda saw berada di atas untanya al-Qaswa', Baginda saw berkhutbah maka aku mendengar Baginda saw bersabda "Sesungguhnya aku tinggalkan pada kamu sesuatu, jika kamu mengambil dengannya, kamu sekali-kali tidak akan sesat: Kitab Allah dan keluargaku, ahli baitku". Riwayat al-Tirmizi.

عن مالك بن أنس - رحمه الله - : بلغه ، أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - قال : «تركت فيكم أمرين لن تضلوا ما تمسكتم بهما : كتاب الله ، وسنة رسوله». أخرجه الموطأ

Daripada Malik bin Anas ra, sampai kepadanya bahawa sesungguhnya Rasulullah saw bersabda "Aku tinggalkan pada kamu semua dua perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang dengan kedua-duanya: Kitab Allah dan sunnah RasulNya". Riwayat al-Muwatta' Imam Malik.
 
Semoga al-Quran menjaga kita

قيل للحسن البصري: فلان يحفظ القرآن. قال: بل القرآن يحفظه

Diberitahu kepada Hasan al-Basri: Seseorang itu menghafaz (menjaga) al-Quran. Hasan al-Basri menjawab: Sebenarnya al-Quran itulah yg menghafaznya (menjaganya).
 
Allah mengangkat dan menjatuhkan sesuatu golongan dengan al-Quran

إن الله يرفع بهذا الكتاب أقواما ويضع به آخرين (أحمد ، والدارمى ، ومسلم ، وابن ماجه ، وأبو عوانة ، وابن حبان عن عمر)

Sabda Rasulullah saw "Sesungguhnya Allah mengangkat dengan kitab ini kaum-kaum dan menjatuhkan dengannya kaum-kaum yg lain". Riwayat Ahmad, al-Darimi, Muslim, Ibnu Majah dan Ibn Hibban daripada Umar ra.
 
Kebersihan (zahir dan batin), Alhamdulillah, Subhanallah, solat, sedekah, sabar, al-Quran dan diri manusia.

أبو مالك الأشعري - رضي الله عنه - قال : قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم- : «الطهور شطر الإيمان ، والحمد لله تملأ الميزان ، وسبحان الله والحمد لله تملآن - أو تملأ - ما بين السموات والأرض ، والصلاة نور ، والصدقة برهان ، والصبر ضياء ، والقرآن حجة لك أو عليك ، كل الناس يغدو ، فبائع نفسه فمعتقها ، أو موبقها» أخرجه مسلم والترمذي.[ص:558]وأخرج النسائي إلى قوله : «أو عليك».

Daripada Abu Malik al-Ash'ari ra berkata: Rasulullah saw bersabda "Kebersihan itu adalah separuh dari keimanan, Alhamdulillah memenuhi timbangan, Subhanalllah dan Alhamdulillah memenuhi langit dan bumi, solat adalah cahaya, sedekah adalah bukti, sabar adalah cahaya, al-Quran itu hujah bagimu atau hujah ke atasmu, semua manusia akan pergi, maka orang yg menjual dirinya sama ada dia melepaskan dirinya (dari azab Allah) atau membinasakan dirinya". Riwayat Muslim, al-Tirmizi dan al-Nasai.
 
Keyakinan orang-orang yg terdahulu terhadap al-Quran yg menjadi petunjuk kepada orang-orang yg bertaqwa.

قال ابن عباس : لو ضاع لي عقال بعير لوجدته في كتاب اللّه

Berkata Ibnu 'Abbas: Kalau hilang bagiku seutas tali pengikat unta, aku benar-benar akan menjumpainya dalam kitab Allah.

Iaitu aku benar-benar mendapatinya petunjuknya di dalam al-Quran.

Firman Allah:

ما فرطنا في الكتاب من شيئ - سورة الأنعام الآية 38

Tidak Kami tertinggal di dalam kitab itu sesuatu pun - Surah al-An'am ayat 38.

Iaitu tidak ada sesuatu perkara kecuali Allah nyatakan di dalam al-Quran.

Firman Allah:

ذلك الكتاب لا ريب فيه هدى للمتقين - سورة البقرة الآية 2

Itulah kitab yg tidak ada keraguan padanya, yg menjadi petunjuk kepada orang-orang yg bertaqwa - Surah al-Baqarah ayat 2.

guru...

assalamualaikum buat adik-adikku para pelajar sekalian...satu peringatan yang sering diingatkan oleh semua guru kita...hargailah pengorbanan seorang guru...kadang-kadang masa guru bersama murid-muridnya adalah lebih banyak berbanding masa yang diluangkan guru kepada anak-anaknya sendiri...perhatian yang diberikan kadang-kadang lebih daripada anak sendiri...tiada hadiah yang guru harapkan daripada murid-muridnya..cukupla sekadar satu kejayaan untuk diri murid itu sendiri...guru adalah wakil ibu bapa kalian..tiada guru yang membenci muridnya...tiada guru yang mahukan muridnya gagal...derhaka kepada guru seperti derhaka kepada ibu bapa...oleh itu patuhilah segala suruhan dan arahan guru selagi tidak bertentangan dengan syariat islam...jagalah hati guru..hormati mereka...semoga segala perbuatan kepada guru akan menjadi titik tolak keredhaan Allah seterusnya memudahkan kalian untuk mencapai kejayaan...

Sunday, 29 January 2012

pqs tg4

Pelajaran 23 : Ilmu Hadis
Definisi Hadis
Bahasa - Baru
Istilah   - Perkataan, perbuatan , taqrir dan sifat yang dsandarkan kepada Nabi Muhammad saw.

Huraian Definisi  Al-Quran

Definisi Hadis
Huraian Definisi
Perkataan

  • Sesuatu yang diucapkan atau yang dikatakan oleh Nabi Muhammad saw
  • Contohnya dalam bidang hukum Rasulullah bersabda “Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niat dan sesungguhnya setiap urusan yang dilakukan mengikut apa-apa yang diniatkan”
Perbuatan

  • Apa yang dilakukan dan yang dibuat oleh Nabi Muhammad saw.
  • Contohnya cara Nabi Muhammad ketika bersolat di atas kenderaan yangb bergerak sebagaimana hads riwayat jabir R.A “Adalah Rasulullah SAW solat sunat atas kenderaan mengikut keadaan kenderaan itu menhgadap. Maka, apabila baginda hendak menunaikan solat fardhu, baginda turun dari kenderaan , maka menghadap sebagai tanda kearah kiblat”
Taqrir

  • Perkara yang didiamkan oleh Nabi Muhammad SAWContohnya saidina Khalid Bin Al-Walid menghidangkan masakan daging dhob dan mempersilakan Nabi Muhammad SAW menikmatinya bersama para sahabat, maka Nabi Muhammad SAW pun bersabda “Tidak, akan tetapi makanan ini tidak ada di tempat kaumku.Maka aku merasa jijik kepadanya. Kata Khalid “Maka aku terus makan dan rasulullah SAW hanya melihat kepadaku”
 
Sifat

  • Jasmani seperti bentuk tubuh badan atau sifat rohani seperti amanah dan jujur
  • Contoh hadis yang menerangkanbentuk tubuh badan Nabi Muhammad SAW ialah Hadis daripada Abi Ishak berkata “ Aku telah mendengar Al-Barra’ berkata ” Rasulullah SAW sebaik-baik manusia pada rupa dan bentuk tubuh badan yang tidak tinggi dan tidak pula pendek ”
  • Contoh hadis yang menerangkan sifat peribadi Rasulullah “Hisyam Bin Amir berkata “ Aku menemui Aisyah R.A maka aku bertanya “ Ya Umml Mukminin “ Khabarkan kepada ku mengenai akhlak Rasulullah SAW? Aisyah berkata” Akhlak Rasulullah adalah Al-Quran”

Istilah Lain Berkaitan Hadis
  • As-Sunnah
  • Al-Khabar
  • Al-Athar

Tujuan Mempelajari Hadis
  • Dapat memahami hal ehwal agama dengan lebih jelas
  • Dapat mengetahui keperibadian Rasulullah SAWyang sebenar
  • Selamat daripada kesilapan pengambilan hadis
  • Mendapat kerahmatan dan ganjaran daripada Allah SWT
  • Panduan untuk Berjaya di dunia dan akhirat
  • Daat mencintai dan meghayati sunnah Rasulullah SAW

Definisi Ulum Hadis
Bahasa - Ulum ( Pengetahuan )  Hadis ( Baru )
Istilah   - Suatu kaedah untuk mengetahui keadaan sanad dan matan samada diterima atau di    tolak

Tujuan Mempelajari Ulum Hadis
  • Untuk menilai sesebuah hadis dari segi sanad dan matan samada sohih atau tidak
  • Untuk lebih memahami hadis
  • Untuk membolehkan kita beramal dengan hadis sohih
  • Untuk membongkar segala rahsia yang terdapat dalam hadis yang tidak diketahui
  • Untuk mengetahui cara ulama menilai sesuatu hadis
  • Untuk menolak tudhan orientalis atau golongan anti hadis
  • Untuk mengetahui unsur-unsur “israiliyat” dalam pentafsiran Al-Quran

pqs tg4

Pelajaran 13 : Pengenalan Al-Quran

Definisi Al-Quran
Kalamullah yang bermukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad melalui Malaikat Jibril dalam bahasa arab, diriwayatkan secara mutawatir dan membacanya adalah ibadah, bermula dari surah Al-Fatihah dan berakhir dengan Surah An-Nas

Huraian Definisi Al-Quran
Definisi Al-Quran
Huraian Definisi
Kalamullah Mebezakan al-Quran dengan semua jenis kalam makhluk
Yang Bermukjizat Membezakan Al-Quran dengan hadis qudsi dan hadis nabawi
Yang Diturunkan Membezakan Al-Quran dengan kalamullah yang tidak diturunkan sebaliknya hanya diketahui oleh Allah swt sahaja
Kepada Nabi Muhammad Membezakan Al-Quran dengan kitab samawi yang lain
Melalui Malaikat Jibril Membezakan Al-Quran dengan semua jenis wahyu yang diturunkan melalui mimpi dan percakapan di sebalik hijab
Dalam Bahasa Arab Membezakan Al-Quran dengan kitab samawi yang lain yang diturunkan bukan dalam bahasa arab
Secara Mutawatir Membezakan Al-Quran dengan Hadis Qudsi dan Hadis Nabawi yang kebanyakkan di riwayat dengan Hadis Ahad
Membaca Setiap Huruf Adalah Ibadah Membezakan Al-Quran dengan Hadis Qudsi dan Hadis Nabawi

Perbezaan Antara Al-Quran Dengan Kitab Samawi Yang Lain

AL-QURAN
KITAB SAMAWI YANG LAIN
  • Isi kandungannya meliputi seluruh aspek Aqidah, Syariah dan Akhlak
  • Tidak meliputi seluruh aspek kehidupan
  • Diriwayatkan secara mutawatir dan selamat dari kemungkinan tersilap
  • Tidak diriwayatkan secara mutawatir dan terdedah kepada penyelewengan dan kesilapan
  • Ajarannya sesuai pada bila-bila masa dan tempat sehingga hari kiamat
  • Sesuai pada masa dan kawasan tertentu sahaja
  • Untuk kegunaan seluruh umat manusia
  • Untuk umat tertentu sahaja
  • Dijamin kekal dan terpelihara daripada diubah sehingga hari kiamat
  • Tidak ada jaminan kekal dan selamat

Nama-Nama Al-Quran
  • Al-Kitab –Sebuah Kitab
    Berdasarkan firman Allah yang bermaksud “ Alif Lam Mim, inilah kitab (Al-Quran) yang tidak ada sebarang syak padanya” ( Al-Baqarah: 1-2)
  • Al-Furqan – Pemisah Antara Yang Hak Dan Batil
    Berdasarkan firman Allah yang bermaksud “ Maha berkat tuhan yang telah menurunkan Al-Furqan (Al-Quran) kepada hambanya (Muhammad) untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam” (Al-Furqan:1)
  • Az-Zikru – Peringatan
    Berdasarkan firman Allah swt yang bermaksud “Sesungguhnya kamilah yang menurunkan Az-Zikru ( Al-Quran) dan kamilah yang menjaganya” (Al-Hijr : 9)
  • At-Tanzil – Penurunan
    Berdasarkan firman Allas swt yang bermaksud “Dan sesungguhnya Al-Quran diturunkan oleh Allah Tuhan sekelian alam” (As-Syu’ara: 192)

Sifat-Sifat Al-Quran
  • An-Nur – Cahaya yang menerangi kegelapan
    Berdasarkan firman Allah swt yang bermaksud “Dan kami telah menurunkan kepada kamu Al-Quran sebagai Nur (cahaya) yang menerangi segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia dan akhirat” (An-Nisa’ 174)
  • Al-Mubin – Yang menerangkan sesuatu
    Berdasarkan firman Allah yang bermaksud “ Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Muhammad) dan sebuah kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keteragannya” (Al-Maidah 15)
  • Al-Huda – Petunjuk
    Berdasarkan firman Allah yang bermaksud “ Sesungguhnya telah dating peringatan dari tuhanmu dan penyembuh segala penyakit di dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman” (Yunos 57)
  • Ar-Rahmah – Kerahmatan Allah
    Berdasarkan firman Allah yang bermaksud “ Sesungguhnya telah dating peringatan dari tuhanmu dan penyembuh segala penyakit di dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman” (Yunos 57)

pqs tg4

Pelajaran 12 : Ulum Al-Quran Dan Kepentingannya
Pengertian
Bahasa
Ulum : Pengetahuan Al-Quran : Bacaan
Istilah
Al-Quran : Kalamullah yang bermukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad melalui Malaikat Jibril dalam bahasa arab, diriwayatkan secara mutawatir dan membacanya adalah ibadah, bermula dari surah Al-Fatihah dan berakhir dengan Surah An-Nas
Ulum Al-Quran : Satu gagasan ilmu yang mengkaji tentang Al-Quran dan perkara yang berkaitan dengannya seperti sejarah penurunan, penulisan dan pengumpulan, asbab nuzul, Al-Makki Wal-Madani, Nasikh Mansukh

Sejarah Perkembangan Dan Pembukuan Ulum Al-Quran
Sejarah pembukuan Ulum Al-Quran bermula sejak dari zaman Rasulullah lagi hasil dari proses pengajian yang berlaku antara beliau dengan sahabat, dan amalan tersebut berterusan sehingga zaman Abasiyah (Tabi’ Tabi’en)

Peringkat / Masa
Individu Yang Terlibat
Bentuk Perkembangan
Zaman
Nabi Muhammad SAW
Rasulullah SAW
dan
para sahabat
  • Penurunan, pengajian, penghafalan dan penghayatan Al-Quran
  • Penghasilan ilmu tentang konsep wahyu, konsep Nuzul Al- Quran, Ilmu Tafsir, Kaedah penulisan , penghafalan Al-Quran dan lain-lain lagi

Zaman Sahabat
Abu Bakar As-Sidiq
Usman Ibn Affan

Para Sahabat
dan
Tabi’en
  • Pengumpulan Al-Quran (Zaman Abu Bakar) disebabkan ramai para hafiz mati syahid dalam peperangan Riddah (Makrakah Yamamah)
  • Pengumpulan (Zaman Usman) disebabkan perbezaan lahjah dan sebutan dalam pembacaan Al-Quran
  • Penyatuan Al-Quran dalam pelbagai mushof ke dalam satu mushof yang dikenali sebagai Mushof Usmani, memperkenalkan Ilmu Resam Al-Quran
  • Kemudian pembukuan kaedah nahu bahasa arab pula oleh Abu Al-Aswad Adduali, maka terhasillah ilmu Ikrab Al-Quran
Zaman Umawiyah
Para Tabi’en
  • Penandaan titik dan baris huruf Al-Quran oleh Hajaj Yusof As-Thaqafi memperkemaskan lagi Ilmu Resam Al-Quran

Zaman Abasiyah

Para Tabi’ Tabi’en
  • Perkembangan bidang-bidang Ulum Al-Quran seperti Ilmu Tafsir Bir-Rakyi, Asbab An-Nuzul, Al-Makki Wal-madani, Ikjaz Al-quran


Faedah Mempelajari Ulum Al-Quran
  • Meneguhkan keimanan terhadap keagungan Al-Quran
  • Mengambil iktibar daripada kehebatan ulamak mengkaji Al-Quran
  • Dapat memahami Al-Quran dengan betul
  • Dapat mengamal dan menghayati Al-Quran
  • Dapat menolak kekeliruan tentang Al-Quran

Bidang Kajian Ulum Al-Quran

Mukadimah Ulum Al-Quran
Ikjaz Al-Quran
Qiraat
Konsep Wahyu
Amthal Al-Quran
Nasikh Mansukh
Nuzul Al-Quran
Aqsam Al-Quran
A’am Khos
Asabab Nuzul
Jidal Al-Quran
Mutlak Muqoyyad
Makki Madani
Qasas Al-Quran
Mantuk Mafhum
Sejarah Penurunan & Pengumpulan
Lughah Al-Quran
Tajwid
Pembukuan Al-Quran
Balaghah Al-Quran
Tarannum
Resam Usmani
Musykil Al-Quran
Dhobt Al-Quran

Kesan Perkembangan Ulum Al-Quran
  • Menguatkan jatidiri dan pegangan agama melalui keyakinan terhadap Al-Quran
  • Melatih kekuatan dan daya ingatan melalui penghafalan Al-Quran
  • Melatih minat membaca dan mengkaji ilmu-ilmu Islam berdasarkan Al-Quran
  • Melatih berfikir secara kreatif dan kritis melalui perbahasan Ulum Al-Quran

Penghayatan
  • Meyakini Al-Quran sebagai wahyu
  • Sentiasa bersyukur sebab mewarisi Al-Quran
  • Mengkagumi kegigihan para ulama mengembangkan Ulum Al-Quran
* pentingnya bagi pelajar disini untuk mengingati dengan baik maksud ulum, al-quran dan ulum al-quran. Ini kerana ramai pelajar yang hilang markah kerana tertukar memberi maksud. 

pqs tg4

Pelajaran 9 : Tanda-Tanda Kekuasaan Allah

Intisari Ayat
Allah swt telah mengemukakan beberapa bukti kekuasaanNya antaranya menghidupkan semula orang yang mati sebagai jawaban terhadap soalan kepada golongan yang ingkar kepada Hari Kiamat.
Sebab Nuzul Ayat
  • Seorang ketua musyrikin Mekah bernama Ubai bin Khallaf dating berjumpa baginda Rasulullah saw sambil membawa seketul daging
  • Kemudian dia berkata : Wahai Muhammad! Benarakah kamu mendakwa bahawa tulang yang reput seperti ini akan dihidupkan kembali oleh Allah dan dibangkitkan daripada kubur?
  • Untuk menjawab persoalan tersebut , Allah turunkan ayat ini (77-83 Surah Yasin)
Beberapa Tanda Kekuasaan Allah Dalam Ayat 77-83 Surah Yasin

Kejadan Manusia Daripada Air Mani
  • Proses kejadian manusia adalah satu daripada tanda kekuasaan Allah swt untuk menghidupkan semula orang yang mati
  • Menurut Al-Quran manusia berasal daripada Adam A.S dan asal kejadian Adam A.S daripada tanah
  • Kejadian manusia terdiri daripad 2 unsur:

      • Unsur Jasmani - Terbentuk daripada sari pati tanah
“Sesungguhnya berbandingan nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti kejadian Nabi Adam.Allah telah menjadikan Adam daripada tanah lalu berfirman kepadanya: Jadilah engkau! Maka jadilah ia…(Ali-Imran : 59)”
      • Unsur Rohani
  • Daripada Adam dijadikan Hawa’ dan daripada mereka dijadikan keturunan manusia melalui percantuman benih lelaki dan perempuan yang dikenali sebagai “nutfah”
  • Orang yang menyedari dirinya berasal daripada tanah dan air benih yang hina akan yakin dengan kekuasaan Allah yang akan menghidupkan dan membangkitkan mereka selepas mati. Manakala orang yang jahil dan lupa diri akan mengingkarinya.

  • Kejadian Langit Dan Bumi
  • Selain merenungi kejadian diri, manusia juga perlu memerhatikan alam sekeliling seperti kejadian langit dan bumi supaya mereka gerund an takut dengan kekuasaan Allah swt
  • Dengan yang demikian, mereka bukan sahaja beriman dengan hari kebangkitan, malahan juga bersyukur di atas nikmat Allah yang menjadikan segala makhluk yang teratur dan sempurna bagi manafaat seluruh manusia.

Kejadian Siang Dan malam
Kejadian Api Dari Kayu Hijau Dan Basah
  • Selain dari itu juga, manusia digesa suapaya merenung kejadian pokok yang menghijau yang boleh dijadikan bahan api yang begitu hebat
  • Kerana menurut kajian, arang batu yang digunakan sebagai bahan api berasal daripada pokok kayu besar pada zaman purba, sejak berjuta tahun yang lampau
Peringkat Kehidupan Manusia
  • Alam Roh
    • Sebelum dijadikan jasad, manusia pada awalnya berada di alam roh. Kita tidak mengetahui bilakah roh manusia dijadikan. Ulama berpendapat bahawa roh wujud sejak azali lagi sama seperti kewujudan malaikat dan jin
  • Alam Rahim
    • Sewaktu benih berkembang menjadi janin, Allah swt meniupkan roh ke dalamnya. Setelah berada di alam rahim selama lebih kurang 9 bulan manusia akan lahir ke alam dunia
  • Alam Dunia
    • Selepas melalui kehidupan dunia sebagai hamba Allah mengikut kadar waktu yang telah ditentukan, manusia akan dimatikan dan dimasukkan ke Alam Barzakh
  • Alam Barzakh
    • Di alam barzakh, manusia mula di beri balasan awal mengikut amalan yang telah mereka lakukan semasa di dunia sehingga Hari Kiamat
  • Alam Akhirat
    • Pada Hari Kiamat manusia akan dibangkitkan semula untuk menerima pembalasan daripada Allah swt

Proses Kejadian Manusia Menurut Ahli Fikir
  • Teori Tabi’e
  • Sebahagian ahli saintis tidak percaya adanya pencipta yang maha kuasa
  • Mereka berpendapat bahawa manusia dan alam terjadi dengan sendirinya tanpa ada yang menciptakannya
  • Teori Tabi’e ini menyamai fahaman golongan “Ad-dahriyah” yang menolak konsep hari pembalasan kerana mereka mempercayai bahawa semua benda adalah kekal abadi dan dunia tidak mempunyai permulaan atau kesudahan
  • Teori Evolusi
  • Diperkenalkan oleh Charles Darwin pada tahun 1859 masihi.
  • Beliau mendakwa bahawa segala makhluk yang ada dan semua sistem alam yang teratur samada molekul, tumbuhan,haiwan, bintangcakrawala atau manusia menjadi sempurna sedikit demi sedikit oleh kuasa yang terkandung dalam benda itu sendiri
  • Proses perkembangan itu berlaku daripada keadaan purba yang tidak teratur serta ringkas kepada keadaan yang sempurna dan kompleks.
**Kedua-dua teori di atas bercanggah dengan Al-Quran yang menyatakan dengan jelas hakikat kejadian manusia daripada tanah dan air benih
Pengajaran Ayat
  • Manusia perlu menggunakan akal fikiran untuk memahami sesuatu perkara
  • Manusia perlu melihat dan memerhatikan nserta mengambil iktibar dariada tanda-tanda kekuasaan Allah pada kejadian makhluk di alam ini
  • Umat Islam mesti yakin dengan kekuasaan Allah swt untuk menjadikan segala sesuatu
  • Umat Islam mesti yakin kepada hari kebangkitan dan pembalasan. Merka menjalani kehidupan di dunia dengan penuh ketaatan kepada Allah swt.

pqs tg4

Pelajaran 8 : Wasiat Lukmanul Hakim

Intisari Ayat
Allah swt menceritakan kepada Nabi Muhammad saw kisah Lukman Al-Hakim supaya baginda dan seluruh umat Islam mengambil iktibar daripada nasihat Lukman kepada anaknya.
Antara Wasiat Lukmanul Hakim
Bersyukur kepada Allah
  • Ibu bapa wajib mendidik anak-anak mensyukuri segala nikmat yang dianugerahkan oleh Allah swt
  • Bersyukur adalah asas kepada kekuatan dan kejayaan, manakala tidak bersyukur adalah asas bagi kekufuran dan kesesatan
Menjauhi Syirik
  • Perbuatan syirik adalah dosa paling besar yang membawa kesesatan dan kekufuran.Allah swt melarang keras hamba-hambanya daripada melakukan perkara syirik
  • Kerana dosa syirik tidak akan diampunkan Allah selama-lamanya
(Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukan (dengan sesuatu apa jua) dan akan mengampunkan dosa yang lain daripada itu bagi sesiapa yang dikehendakinya. Maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar (An-Nisa’ : 48 )
  • Cara menjauhi syirik :
  • Ikhlaskan niat dalam ibadat
  • Tidak menunjuk-nunjuk dalam beribadat
  • Bersifat tawadduk
  • Menyembunyikan ibadat daripada pengetahuan orang
Berbuat Baik Kepada Ibu Bapa
  • Kedua ibu bapa telah melakukan pengorbanan yang besar dan murni untuk mendidik anak sejak dalam kenadungan lagi.
  • Ibu mengalami berbagai-bagai penderitaan dan kesakitan ketika mengandung. Selepas kelahiran, ibu menyusukan anaknya, berjaga malam apabila anak sakit dan member makan apabila anak lapar.
  • Bapa juga turur berkorban menjaga dan member nafkah , menyara persekolahan dan memupuk akhlak mulia.
  • Justeru umat Islam diperintahkan supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapa dengan cara memelihara dan mentaatinya.
  • Cara berbakti kepada ibu bapa :
  • Menjaga mereka ketika sakit
  • Sentiasa menziarahi mereka
  • Tidak menyusahkanmereka
  • Menasihati mereka jika berlaku kesilapan
  • Menggembirakan hati mereka
  • Mendoakan keampunan dan kesejateraan mereka
  • Menziarahi kawan baik mereka
  • Cara Menghormati Ibu Bapa
  • Melayan mereka dengan lemah lembut
  • Tidak memasuki bilik mereka tanpa izin
  • Berjalan di hadapan mereka dengan sopan
  • Makan bersama mereka dengan beradab
  • Solat berjemaah bersama mereka
  • Tidak tidur di atas katil mereka
  • Merendahkan suara
  • Memberi salam sewaktu masuk dan keluar rumah
Mengikuti Jalan Orang Yang Kembali Kepada Allah
Mendirikan Solat
Menyeru Kebaikan dan Mencegah Kemungkaran
Bersabar Menghadapi Ujian
TidakBersifat Sombong
Tidak Memandang Hina Terhadap Orang Lain
Tidak Takbur
Bersopan Ketika Berjalan
Merendahkan Suara Ketika Berbicara

Cara Ibu Bapa Mendidik Anak :
  • Menasihati dengan cara yang baik
  • Memberi contoh teladan yang baik
  • Memberi motivasi
  • Mengagihkan kasih saying secara adil
  • Makan bersama
  • Solat berjemaah bersama
  • Memahami psikologi
  • Memberi ilmu agama secukupnya
Pengajaran Ayat
  • Ibu bapa berkewajiban mendidik anak dengan didikan yang baik
  • Anak-anak wajib menyayangi, menghormati dan patuh kepada kedua ibu bapa selama mana mereka tidak menyuruh melakukan maksiat
  • Keluarga yang bahagia akan terbina jika setiap anggota keluarga menjaga hak dan tanggungjawab masing-masing
  • Umat Islam dajibkan mengikut jalan orang yang beriman yang taat kepada Allah dan Rasul, Ibu bapa dan berakhlak mulia

pqs tg4

Pelajaran 7 : Kecemerlangan Iman Asas Kejayaan

Intisari Ayat
Allah swt telah menjanjikan kejayaan dan balasan syurga firdaus kepada orang-orang yang beriman yang menunaikan solat dengan khusyuk, menjauhi perkara-perkara keji dan sia-sia, mengeluarkan zakat, menjaga kehormatan diri, melaksanakan amanah, menunaikan janji dan menjaga kesempurnaan solat. Mereka yang memiliki sifat-sifat tersebut akan memperolehi kejayaan di dunia dan akhirat.
Ciri-Ciri Mukmin Yang Berjaya
Khusyuk Dalam Solat
  • Khusyuk ertinya menghadirkan kepatuhan dan rasa takut kepada Allah swt di dalam hati.
  • Orang yang khusyuk akan menumpukan sepenuh perhatian kepada Allah SWT ketika beribadah.
  • Seluruh anggota badan berada dalam keadaan tenang dan tumakninah, manakala hati mereka pula terlintas sama sekali untuk mengingati sesuatu selain Allah swt.
  • Solat yang dilakukan dengan khusyuk akan memberikan kesan yang mendalam kepada peribadi sesaorang muslim dalam membentuk sifat mulia, berdisiplin dan bertanggungjawab.
  • Cara Mendapatkan Khusyuk
  • Mengosongkan hati daripada sesuatu yang melalaikan
  • Memahami bacaan dalam solat dan menghayati maksudnya
  • Sentiasa merasai bahawa dia sedang berhadapan dengan Allah swt
  • Mengingati kebesaran Allah dan menginsafi diri sebagai makhluk Allah swt yang kerdil dan lemah
  • Memastikan tempat solat selesa, bersih dan terhindar daripada sebarang gangguan
  • Mengerjakan solat dalam keadaan yang selesa, bersih, segar dan tidak mengantuk
  • Memastikan tempat solat dan pakaian dibuat dan dibeli hasil pendapatan yang halal
Menjauhi Perkara Yang Sia-Sia
  • Perkara sia-sia ialah perkara yang tidak mendatangkan sebarang faedah kepada diri, keluarga dan masyarakat samada dalam bentuk perbuatan atau percakapan
  • Orang mukmin yang Berjaya bukan sekadar tidak melakukan perkara yang sia-sia, malah tidak menghampiri langsung perkara tersebut
  • Cara Menjauhi Perkara Sia-Sia
  • Menyedari asal-usul kejadian, matlamat dan tujuan hidup
  • Menyedari tanggumngjawab terhadap Allah swt, Rasul, Agama dan umat Islam
  • Menyedari tanggungjawab terhadap diri, keluarga dan masyarakat, bangsa dan Negara
  • Memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah
  • Mengelakkan diri daripada berkawan dengan mereka yang suka melepak dan berpoya-poya
  • Kayakan pemikiran dengan aktiviti yang mencabar minda dan fizikal
Mengeluarkan Zakat
  • Zakat ialah rukun Islam yang ke-3 yang diwajibkan kepada umat Islam yang cukup syarasyaratnya mengikut kadar dan tempoh masa yang tertentu.
  • Ia merupakan pengorbanan golongan yang berada untuk membantu umat Islam serta menyumbang kea rah pembangunan dan kemajuan negara.
  • Di samping melambangkan rasa kesyukuran pemilik-pemilik harta, zakat juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim seterusnya menambhakan lagi keberkatan harta
Menjaga Kehormatan Diri
  • Maksudnya ialah memelihara maruah diri, dapat mengawal hawa nafsu dan menjaga kemaluan daripada melakukan perkara yang dilarang oleh syarak
  • Seperti pergaulan bebas, zina, liwat boleh merosakkan zuriat manusia serta mendatangkan akibat buruk kepada diri dan masyarakat.
  • Penyakit HIV dan Aids berpunca daripada pergaulan bebas dan perhubungan haram yang dilaknat Allah swt.
  • Memelihara Amanah Dan Menunaikan Janji