Sunday 29 January 2012

pqs tg4

Pelajaran  5 : Keteguhan Iman Asas Kekuatan Jatidiri
Latar Belakang Ayat
  1. Dalam ayat 3-4 dan 8-10 Surah Al-Hajj ini, Allah swt menceritakan bahawa antara cirri-ciri orang yang tidak beriman ialah orang yang mempertikaikan kekuasaan dan sifat Allah swt.
  2. Mereka membantah petunjuk daripada wahyu Allah swt sebaliknya mengikut jejak langkah syaitan yang durjana
  3. Justeru, Allah swt mejelaskan bahawa golongan tersebut beriman dengan tidak sebenar-benar iman, malah keiltizaman mereka terhadap Islam banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur kebendaan.
Sebab Nuzul Ayat
  1. Ibn Abbas berkata : Satu rombongan badwi telah dating berjumpa dengan Rasulullah saw. Setelah memeluk Islam mereka kembali ke kampong halaman mereka.
  2. Apabila tiba musim hujan, tanaman mereka menjadi subur dan isteri-isteri mereka pula melaghirakn zuriat yang sihat, mereka mengatakan bahawa agama mereka ini sangat baik.Lalu mereka berpegang teguh dengannya.
  3. Sebaliknya, apabila tiba musim kemarau dan tandus, tanaman mereka tidak menjadi dan isteri-isteri mereka melaghirkan zuriat yang tidak sihat, mereka mengatakan bahawa agama baru mereka ini tidak baik.
  4. Maka, Allah swt menurunkan ayat ini untuk mengecam sikap mereka.
Cara-cara Menghadapi Ujian
  1. Membaca zikir.Contonya “Inna Lillahi Wainna Ilaihi Rajiun”
  2. Bersabar dan istiqomah dalam menghadapi ujian
  3. Beristighfar memohon keampunan dari Allah swt
  4. Berdoa untuk keselamatan diri, keluarga, masyarakat dan Negara.
Bentuk-Bentuk Ujian
1 Susah 7 Senang
2 Harta 8 Pangkat
3 Duka 9 Gembira
4 Miskin 10 Kaya
5 Sakit 11 Sihat
6 Godaan Wanita / Lelaki 12 Kedudukan
Kelebihan Sifat Sabar
  1. Mengelakkan pergaduhan
  2. Menjaga perhubungan
  3. Memartabatkan sahsiah manusia
  4. Mengelakkan perkara khurafat
  5. Menjaga iman
  6. Mengawal nafsu
Maksud Khurafat
Kepercayaan dan amalan yang tidak berasaskan ajaran Islam
Contoh Perbuatan Khurafat
  1. Mempercayai sesuatu  benda boleh membawa sial dan mala petaka
  2. Melenggang perut
  3. Memohon hajat daripada kubur yang dianggap keramat
  4. Mempercayai tangkal atau azimat yang boleh menyembuhkan penyakit atau membawa keberkatan
  5. Mempercayai suatu benda seperti cincin yang dikatakan mempunyai keramat
  6. Upacara mandi Safar
  7. Melakukan upacara jampi atau menggunakan symbol-simbol dan rajah-rajah tertentu
Langkah Menghapuskan Khurafat
  1. Memberi pendidikan melalui nasihat dan bimbingan agama
  2. Meroboh atau memusnahkan tempat-tempat pemujaan
  3. Menguatkuasakan undang-undang dengan lebih ketat
  4. Mengadakan kempen melalui poster atau media massa
  5. Menjauhi golongan yang mengamalkan khurafat
Pengajaran Ayat
  1. Umat Islam mesti bersabar menghadapi ujian
  2. Umat Islam mesti sentiasa bertawakkal dan berdoa kepada Allah apabila di uji
  3. Orang yang ragu-ragu dengan ajaran Islam lebih mudah terpengaruh dengan perkara khurafat dan terdedah dengan kemungkinan murtad
  4. Mempercayai perkara khurafat boleh merosakkan iman
  5. Umat Islam mesti sentiasa menghayati dan memahami ajaran Islam

No comments:

Post a Comment