Sunday 29 January 2012

pqs tg4

Pelajaran 7 : Kecemerlangan Iman Asas Kejayaan

Intisari Ayat
Allah swt telah menjanjikan kejayaan dan balasan syurga firdaus kepada orang-orang yang beriman yang menunaikan solat dengan khusyuk, menjauhi perkara-perkara keji dan sia-sia, mengeluarkan zakat, menjaga kehormatan diri, melaksanakan amanah, menunaikan janji dan menjaga kesempurnaan solat. Mereka yang memiliki sifat-sifat tersebut akan memperolehi kejayaan di dunia dan akhirat.
Ciri-Ciri Mukmin Yang Berjaya
Khusyuk Dalam Solat
  • Khusyuk ertinya menghadirkan kepatuhan dan rasa takut kepada Allah swt di dalam hati.
  • Orang yang khusyuk akan menumpukan sepenuh perhatian kepada Allah SWT ketika beribadah.
  • Seluruh anggota badan berada dalam keadaan tenang dan tumakninah, manakala hati mereka pula terlintas sama sekali untuk mengingati sesuatu selain Allah swt.
  • Solat yang dilakukan dengan khusyuk akan memberikan kesan yang mendalam kepada peribadi sesaorang muslim dalam membentuk sifat mulia, berdisiplin dan bertanggungjawab.
  • Cara Mendapatkan Khusyuk
  • Mengosongkan hati daripada sesuatu yang melalaikan
  • Memahami bacaan dalam solat dan menghayati maksudnya
  • Sentiasa merasai bahawa dia sedang berhadapan dengan Allah swt
  • Mengingati kebesaran Allah dan menginsafi diri sebagai makhluk Allah swt yang kerdil dan lemah
  • Memastikan tempat solat selesa, bersih dan terhindar daripada sebarang gangguan
  • Mengerjakan solat dalam keadaan yang selesa, bersih, segar dan tidak mengantuk
  • Memastikan tempat solat dan pakaian dibuat dan dibeli hasil pendapatan yang halal
Menjauhi Perkara Yang Sia-Sia
  • Perkara sia-sia ialah perkara yang tidak mendatangkan sebarang faedah kepada diri, keluarga dan masyarakat samada dalam bentuk perbuatan atau percakapan
  • Orang mukmin yang Berjaya bukan sekadar tidak melakukan perkara yang sia-sia, malah tidak menghampiri langsung perkara tersebut
  • Cara Menjauhi Perkara Sia-Sia
  • Menyedari asal-usul kejadian, matlamat dan tujuan hidup
  • Menyedari tanggumngjawab terhadap Allah swt, Rasul, Agama dan umat Islam
  • Menyedari tanggungjawab terhadap diri, keluarga dan masyarakat, bangsa dan Negara
  • Memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah
  • Mengelakkan diri daripada berkawan dengan mereka yang suka melepak dan berpoya-poya
  • Kayakan pemikiran dengan aktiviti yang mencabar minda dan fizikal
Mengeluarkan Zakat
  • Zakat ialah rukun Islam yang ke-3 yang diwajibkan kepada umat Islam yang cukup syarasyaratnya mengikut kadar dan tempoh masa yang tertentu.
  • Ia merupakan pengorbanan golongan yang berada untuk membantu umat Islam serta menyumbang kea rah pembangunan dan kemajuan negara.
  • Di samping melambangkan rasa kesyukuran pemilik-pemilik harta, zakat juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim seterusnya menambhakan lagi keberkatan harta
Menjaga Kehormatan Diri
  • Maksudnya ialah memelihara maruah diri, dapat mengawal hawa nafsu dan menjaga kemaluan daripada melakukan perkara yang dilarang oleh syarak
  • Seperti pergaulan bebas, zina, liwat boleh merosakkan zuriat manusia serta mendatangkan akibat buruk kepada diri dan masyarakat.
  • Penyakit HIV dan Aids berpunca daripada pergaulan bebas dan perhubungan haram yang dilaknat Allah swt.
  • Memelihara Amanah Dan Menunaikan Janji

No comments:

Post a Comment