Sunday 29 January 2012

pqs tg4




Pelajaran 2 : Pertanian Dalam Kehidupan
Latar Belakang Ayat
  • Golongan musyrikin Mekah suka bercakap tentang nikmat pemberian Allah swt mengikut nafsu mereka dengan sesuka hati
  • Justeru Allah swt menempelak tindakan mereka itu dengan menunjukkan tanda-tanda kewujudan, kebesaran, kekuasaan dan hikmah kejadian makhluknya sebagai hujah untuk menolak sikap golongan musyrikin ini
Hikmah Pertanian Dan Faedah Tumbuhan

Ketuhanan
  • Menjadi bukti kewujudan , kebesaran dan kekuasaan Allah swt
Kemanusiaan
  • Memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan pertolongan melalui ibadah sedekah dan zakat
  • Mengindahkan alam sekitar
  • Menjadi sumber makanan untuk manusia dan makhluk bernyawa yang lain
Perekonomian
  • Menambahkan sumber pendapatan diri, keluarga dan negara
  • Membina kehidupan yang lebih selesa dan bahagia
  • Mengusahakan pertanian secara komersial
Kesihatan
  • Membekalkan zat dan vitamin untuk keperluan tumbesaran dan kesihatan tubuh badan
  • Membekalkan oksigen untuk pernafasan manusia dan haiwan serta mengawal kesegaran udara persekitaran
Geografi
  • Membantu mengawal suhu kepanasan bumi
  • Memnyerap air hujan bagi mengelakkan mala petaka banjir kilat
  • Menguatkan struktur tanah bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh

Langkah-langkah Untuk Meningkatkan Hasil Pertanian
  • Menggunakan teknologi pertanian moden
  • Menggalakkan penyelidikan untuk menghasilkan benih baja yang berkualiti
  • Menambahkan keluasan tanah pertanian yang subur dengan menggunakan tanah terbiar
  • Mewujudkan mekanisme sistem pemasaran yang berdaya saing
  • Mengadakan kempen kesedaran tentang kepentingan dan faedah pertanian
  • Menggalakkan para belia menceburi sektor pertanian
  • Membuka pusat latihan bagi para belia
  • Menyediakan skim pinjaman pertanian kepada para petani
Kepentingan Sektor Pertanian
  • Memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
  • Menyediakan peluang pekerjaan untuk rakyat
  • Meningkatkan perkembangan teknologi pertanian seperti mencipta jentera-jentera pertanian moden
  • Menggalakkan kajian penggunaan hasil pertanian secara komersial seperti bahan bakar dan bahan untuk membuat ubat
Kewajiban Zakat Pertanian Dan Kepentingannya
  • Islam mewajibkan sesiapa yang mengusahakan pertanian supaya mengeluarkan zakat daripada hasil pertanian tersebut apabila cukup syarat-syaratnya.
  • Institusi zakat memainkan peranan yang penting untuk menangani gejala kemiskinan kerana sistem pengagihan, penetapan kadar dan pengurusan yang telah ditetapkan oleh syarak adalah sesuai dengan keperluan manusia
Himah Zakat
  • Menambahkan keberkatan harta
  • Membuktikan kesyukuran terhadap nikmat kurniaan Allah swt
  • Membantu golongan miskin
  • Memberi sumbangan untuk pembangunan umat Islam
  • Menghubungkan silaturrahim
Pengajaran Ayat
  • Tumbuh-tumbuhan menjadi salah satu tanda kewujudan dan kekuasaan Allah SWT
  • Umat Islam diharuskan menggunakan hasil pertanian untuk keperluan hidup sebagai makanan, perniagaan dan seumpamanya
  • Hasil pertanian yang telah cukup syarat wajib dikeluarkan zakat
  • Umat Islam dilarang membazirkan harta pada perkara-perkara maksiat dan tidak berfaedah atau membelanjakan tanpa mempedulikan hak diri dan keluarga
  • Kedekut adalah sifat yang tercela disisi Islam


No comments:

Post a Comment