Sunday 29 January 2012

pqs tg4

Pelajaran 13 : Pengenalan Al-Quran

Definisi Al-Quran
Kalamullah yang bermukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad melalui Malaikat Jibril dalam bahasa arab, diriwayatkan secara mutawatir dan membacanya adalah ibadah, bermula dari surah Al-Fatihah dan berakhir dengan Surah An-Nas

Huraian Definisi Al-Quran
Definisi Al-Quran
Huraian Definisi
Kalamullah Mebezakan al-Quran dengan semua jenis kalam makhluk
Yang Bermukjizat Membezakan Al-Quran dengan hadis qudsi dan hadis nabawi
Yang Diturunkan Membezakan Al-Quran dengan kalamullah yang tidak diturunkan sebaliknya hanya diketahui oleh Allah swt sahaja
Kepada Nabi Muhammad Membezakan Al-Quran dengan kitab samawi yang lain
Melalui Malaikat Jibril Membezakan Al-Quran dengan semua jenis wahyu yang diturunkan melalui mimpi dan percakapan di sebalik hijab
Dalam Bahasa Arab Membezakan Al-Quran dengan kitab samawi yang lain yang diturunkan bukan dalam bahasa arab
Secara Mutawatir Membezakan Al-Quran dengan Hadis Qudsi dan Hadis Nabawi yang kebanyakkan di riwayat dengan Hadis Ahad
Membaca Setiap Huruf Adalah Ibadah Membezakan Al-Quran dengan Hadis Qudsi dan Hadis Nabawi

Perbezaan Antara Al-Quran Dengan Kitab Samawi Yang Lain

AL-QURAN
KITAB SAMAWI YANG LAIN
  • Isi kandungannya meliputi seluruh aspek Aqidah, Syariah dan Akhlak
  • Tidak meliputi seluruh aspek kehidupan
  • Diriwayatkan secara mutawatir dan selamat dari kemungkinan tersilap
  • Tidak diriwayatkan secara mutawatir dan terdedah kepada penyelewengan dan kesilapan
  • Ajarannya sesuai pada bila-bila masa dan tempat sehingga hari kiamat
  • Sesuai pada masa dan kawasan tertentu sahaja
  • Untuk kegunaan seluruh umat manusia
  • Untuk umat tertentu sahaja
  • Dijamin kekal dan terpelihara daripada diubah sehingga hari kiamat
  • Tidak ada jaminan kekal dan selamat

Nama-Nama Al-Quran
  • Al-Kitab –Sebuah Kitab
    Berdasarkan firman Allah yang bermaksud “ Alif Lam Mim, inilah kitab (Al-Quran) yang tidak ada sebarang syak padanya” ( Al-Baqarah: 1-2)
  • Al-Furqan – Pemisah Antara Yang Hak Dan Batil
    Berdasarkan firman Allah yang bermaksud “ Maha berkat tuhan yang telah menurunkan Al-Furqan (Al-Quran) kepada hambanya (Muhammad) untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam” (Al-Furqan:1)
  • Az-Zikru – Peringatan
    Berdasarkan firman Allah swt yang bermaksud “Sesungguhnya kamilah yang menurunkan Az-Zikru ( Al-Quran) dan kamilah yang menjaganya” (Al-Hijr : 9)
  • At-Tanzil – Penurunan
    Berdasarkan firman Allas swt yang bermaksud “Dan sesungguhnya Al-Quran diturunkan oleh Allah Tuhan sekelian alam” (As-Syu’ara: 192)

Sifat-Sifat Al-Quran
  • An-Nur – Cahaya yang menerangi kegelapan
    Berdasarkan firman Allah swt yang bermaksud “Dan kami telah menurunkan kepada kamu Al-Quran sebagai Nur (cahaya) yang menerangi segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia dan akhirat” (An-Nisa’ 174)
  • Al-Mubin – Yang menerangkan sesuatu
    Berdasarkan firman Allah yang bermaksud “ Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Muhammad) dan sebuah kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keteragannya” (Al-Maidah 15)
  • Al-Huda – Petunjuk
    Berdasarkan firman Allah yang bermaksud “ Sesungguhnya telah dating peringatan dari tuhanmu dan penyembuh segala penyakit di dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman” (Yunos 57)
  • Ar-Rahmah – Kerahmatan Allah
    Berdasarkan firman Allah yang bermaksud “ Sesungguhnya telah dating peringatan dari tuhanmu dan penyembuh segala penyakit di dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman” (Yunos 57)

No comments:

Post a Comment