Latar Belakang Ayat
- Golongan musyrikin Mekah sering melakukan upacara penyembahan berhala dengan menyembelih haiwan untuk berhala-berhala mereka
- Mereka menuduh ibadat solat yang dilakukan oleh Nabi Muhammad saw hanya untuk menunjuk-nunjuk.
- Justeru, Allah swt memerintahkan Rasulullah saw supaya memberitahu mereka bahawa ibadat kaum muslimin berbeza dengan ibadat kaum musyrikin. Ibadat kaum muslimin hanya ikhlas kerana Allah swt.
Seluruh kehidupan umat Islam adalah manifestasi pengabdian kepada Allah swt kerana matlamat kejadian manusia itu adalah mengabdikan diri semata-mata kepada Allah swt. Sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud : “Dan ingatlah aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah dan beribadah kepadaku” (Az-Zariyat:56)
Jenis-Jenis Ibadah Dan Contoh-contohnya
IBADAH
|
Hati
|
Iman, Taat, Cinta, Harap, Tawakkal, Tawaduk, Khusuk, Takut |
Perkataan
|
Membaca Al-Quran, Sumpah, Zikir, Nazar, Doa, Talbiah, Takbir | |
Perbuatan
|
Menuntut Ilmu, Solat, Haji, Puasa, Penyembelihan, Pertanian, Perkilangan Pentadbiran, Perubatan | |
Harta
|
Aqiqah, Qurban, Sedekah, Zakat, Haji, Waqaf |
Niat Yang Ikhlas
|
Syarat Asas Penerimaan Ibadah
|
Menepati Syarak
|
- Takutkan Allah swt
- Ingat kepada mati
- Ingat kepada hari akhirat
- Menghayati Doa Iftitah
- Khusyuk dalam beribadat
- Tidak mengharapkan habuan dunia
- Tidak mengharapkan pujian
- Tidak menunjuk-nunjuk ketika beribadat
- Melahirkan sifat ikhlas dalam beribadah
- Menghadirkan rasa khusyuk dalam solat
- Melahirkan sifat taqwa dalam diri
- Menjauhkan hati daripada sifat riyak dalam beribadat
- Riyak dalam beribadat
- Bersifat sombong dan takbur
- Menghampiri perkara syirik
- Melakukan ibadah sambil lewa
- Mempersendakan amal ibadat
- Syirik Jali
- Iaitu syirik yang jelas seperti menyembah batu, matahari, patung atau memuja roh nenek moyang , pokok besar, kubur, tugu dan gambar manusia
- Syirik khafi
- Iaitu syirik yang tersembunyi dan tidak disedari seperti solat untuk dikatakan warak, belajar untuk dikatakan alim, membuat kebajikan untuk mendapat pujian dan berabngga dengan pangkat dan harta
- Menjauhi perkara syirik
- Sentiasa memperbaharui dan mempertingkatkan iman
- Menghayati doa iftitah
- Sentiasa bermuhasabah diri
- Manusia dijadikan hanya untuk mengabdikan diri kepada Allah swt
- Amalan syirik boleh membetalkan seluruh ibadat
- Sifat ikhlas menjadi perisai mukmin daripada tipu daya syaitan
- Sunat membaca doa iftitah dalam solat
keburukan syirik dalam islam
ReplyDelete